Sunday, January 24, 2010

MESYUARAT AGUNG PIBG 2010...


MESYUARAT AGUNG PIBG SK SERI INDAH AKAN DIADAKAN MENGIKUT KETETAPAN BERIKUT :

TARIKH : 6 FEBRUARI 2010
MASA : 12.00PM HINGGA 3.00PM
TEMPAT : DEWAN TERBUKA


KEHADIRAN SEMUA IBU BAPA DAN PENJAGA AMAT DIALU-ALUKAN UNTUK KESEJAHTERAAN DAN KEBAIKAN SEMUA PIHAK....

Friday, January 22, 2010

COLA DAN Imbuhan Tetap Perumahan...

Harap dengan penjelasan ini sedikit sebanyak melegakan hati kakitanga kerajaan...

Wednesday, January 20, 2010

MBMMBI...

Saturday, January 16, 2010

NOTA DAN TUTORIAL MICROSOFT OFFICE...

MS WORD DOWNLOAD DI SINI...

MS EXCEL DOWNLOAD DI SINI...


MS POWERPOINT DOWNLOAD DI SINI...

Thursday, January 14, 2010

1 MALAYSIA...


Wednesday, January 13, 2010

KOMPOSISI KSSR...


KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH

Guru, pelajar celik komputer terus meningkat


Sunday, January 10, 2010

PERKAKASAN KOMPUTER...

Download Nota Di Sini....

PENGENALAN KEPADA KOMPUTER....

Bahan Pembelajaran Dan Powerpoint Boleh Download Disini....

Saturday, January 9, 2010

Ujian kepada murid Tahun Satu dalam tempoh dua bulan: TPM

Friday, January 8, 2010

Kadar penyertaan murid prasekolah akan ditingkatkan: TPM

Nisbah 1:15 guru pemulihan sekolah rendah

KELAS PULIH MURID LEMBAP



Monday, January 4, 2010

KOLEKSI LAGU UNTUK MAJLIS SEKOLAH...

MARCHING UNTUK PERBARISAN...

INSTRUMENTAL DAN GAMELAN

SEKITAR HARI ORIENTASI TAHUN SATU 2010





KENYATAAN MEDIA PENGAJARAN MATEMATIK DAN SAINS UNTUK 2010


Sunday, January 3, 2010

AKTIVITI SK SERI INDAH JANUARI 2010

BAYARAN TAMBAHAN TIDAK MEMBEBANKAN - petikan dari akhbar Utusan Malaysia, 30 Disember 2009

Saturday, January 2, 2010

JADUAL PEMBAYARAN GAJI 2010

KALENDER PERSEKOLAHAN 2010


PENDIDIK TAK WAJAR LAKUKAN TUGAS PENTADBIRAN

Berita Harian bertarikh 3 Disember 2009 - PENDIDIK TAK WAJAR LAKUKAN TUGAS PENTADBIRAN



Maklum balas pihak KPM:

FORCED TO BUY: CAN SCHOOL FORCE STUDENTS TO BUY EXTRA WORKBOOKS? MOE, PLS CLARIFY

The STAR bertarikh 14 Disember 2009 – FORCED TO BUY: CAN SCHOOL FORCE STUDENTS TO BUY EXTRA WORKBOOKS? MOE, PLS CLARIFY

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin mengucapkan terima kasih dan merujuk kepada SMS Akhbar The STAR bertarikh 14 Disember 2009 – FORCED TO BUY:- CAN SCHOOL FORCE STUDENTS TO BUY EXTRA WORKBOOKS? MOE, PLS CLARIFY.

KPM ingin memaklumkan bahawa penggunaan buku kerja di sekolah rendah adalah tidak diwajibkan dan penggunaannya adalah terhad untuk tujuan pengukuhan pembelajaran selepas guru telah mengajar satu-satu topik matapelajaran di sekolah.

Untuk itu, sekolah-sekolah tidak boleh memaksa ibu bapa atau murid-murid untuk membeli buku-buku kerja tambahan.

Perkara ini boleh dirujuk didalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1991 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah), Bil. 10/1993 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah) dan Bil. 1/2000 (Penggunaan Buku Kerja Di Sekolah Rendah) yang jelas menerangkan maksudnya berkaitan dengan buku kerja tambahan.

SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SERI INDAH

Sekolah Kebangsaan Seri Indah terletak di Taman Overseas Union, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur. Sekolah yang indah ini mendapat nama sempena kedudukannya berhampiran Bukit Indah di kawasan ini. Moto sekolah telah dibina bersama warga sekolah pada tahun 2001 iaitu “BERAKHLAK, BERILMU, BERJAYA”. Visi sekolah pula ialah “ SK Seri Indah Cemerlang Dalam Kurikulum Dan Kokurikulum Zon Bangsar Menjelang 2012”. Misi sekolah ialah (i) Bekerjasama antara warga sekolah, ibu bapa juga komuniti untuk meningkatkan pencapaian pelajar. (ii) Melahirkan generasi abad 21 yang berwibawa untuk mengharungi ledakan maklumat dan proses globalisasi dan (iii) melahirkan individu yang berketrampilan, berdisiplin, berakhlak, cekap serta penghayatan Islam yang kental. Sekolah ini mula beroperasi pada awal tahun 2001 dengan bilangan pelajar hanya 23 orang. Bilangan pelajar meningkat seramai 56 orang pada hujung tahun 2001.
Sekolah yang permai ini mempunyai tenaga pengajar seramai 8 orang dengan 3 orang guru penolong kanan dan seorang Guru Besar. Kakitangan sokongan pula terdiri daripada dua orang iaitu seorang pembantu tadbir dan seorang pekerja awam rendah.
Terdapat 6 buah kelas yang ditawarkan iaitu dari tahun 1 hingga tahun 6. Pada tahun 2002 , bilangan murid telah bertambah menjadi 106 orang, pada tahun 2003 enrolmen pelajar meningkat 124 orang dan tahun 2004 bilangan pelajar seramai 128 orang . Pada tahun 2004 kelas Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dibuka. Bilangan pelajar Pendidikan Khas seramai 2 orang dengan seorang Guru Penyelaras dan seorang guru Pendidikan Khas.
Pada tahun 2005, kelas Pendidikan Khas dari SK Taman Desa telah dipindahkan ke sekolah ini . Kelas Pendidikan Khas yang berpindah ke sekolah ini telah mula beroperasi pada 17 Januari 2005.Dengan itu kelas Pendidikan Khas telah meningkat menjadi 7 unit dengan bilangan pelajarnya 50 orang. Kelas aliran perdana masih lagi sebanyak 6 kelas dengan bilangan pelajar seramai 134 orang pada tahun ini. Jumlah keseluruhan pelajar bagi tahun 2005 ialah 184 pelajar dan 2 orang pelajar Pra-Sekolah Pendidikan Khas yang juga dibuka pada tahun tersebut.
Pada tahun 2005, bilangan tenaga pengajar meningkat seramai 21 orang dengan 3 orang guru penolong kanan, seorang Guru Besar dan 3 orang Guru Dalam Latihan. Jumlah keseluruhan guru seramai 28 orang di mana guru kelas aliran perdana seramai 13 orang dan selebihnya adalah Guru Pendidikan Khas.
Pada tahun 2006, bilangan tenaga pengajar seraamai 28 orang dengan bilangan murid seramai 169 orang di mana 59 orang adalah murid Pendidikan Khas dan pada tahun 2007 bilangan murid meningkat 217 orang dengan bilangan pelajar Pendidikan Khas seraamai 69 orang. Tenaga pengajar kedua-dua tahun tersebut seramai 28 orang dan kelas Pendidikan Khas meningkat kepada 9 unit.



Pada tahun 2008 bilangan pelajar meningkat kepada 237 orang dengan bilangan pelajar Pendidikan Khas seramai 59 orang dan prasekolah PKBP seramai 4 orang. Pada tahun ini kelas Prasekolah normal dibuka dengan bilangan pelajar seramai 15 orang. Bilangan guru telah meningkat kepada 31 orang dengan 6 orang pembantu murid (PPM). Kelas Bahasa Cina SK juga merupakan satu projek rintis kerajaan bermula pada tahun ini di SK Seri Indah dengan bilangan pelajar kelas tersebut seramai 15 orang untuk murid-murid tahun 1.
Bangunan sekolah telah diubahsuai semula dengan kemasukan murid-murid PKBP dari Taman Desa iaitu bangunan Blok B di mana surau, klinik, bilik wuduk, kelas prasekolah dan kedai buku telah dijadi kelas-kelas Pendidikan Khas pada Disember 2004. Surau telah dipindahkan ke bilik peperiksaan di Blok A aras 1 manakala klinik dan kedai buku telah dipindahkan ke blok C menggantikan stor blok C dan stor sukan di aras bawah. Pada akhir tahun 2007 bangunan sekolah telah dicat semula oleh Jabatan Perdana Menteri dan tembok belakang telah dibina menggantikan pagar dawai garvo. Pada akhir 2007 surau telah dinaiktaraf oleh Jabatan Perdana Menteri dan bilik wuduk telah dibina bersebelahan surau diubahsuai daripada stor aras 1. Makmal Sains tahap 1 dan tahap 2 telah dipindahkan ke aras 3 diubahsuai daripada 3 buah bilik darjah di blok C. Makmal yang asal telah diubahsuai menjadi kelas Prasekolah normal dan juga stor sukan dan stor Pendidikan Jasmani.
Guru Besar yang pertama di sekolah ini ialah Puan Rokiah Bt Zakaria sehingga sekarang. Guru Penolong Kanan Tadbiran Dan Kurikulum ialah Puan Rahemah Bt Shafiee, Guru Penolong Kanan Hal-Ehwal Murid ialah Puan Zainab Bt Muhamad dan Guru Penolong Kanan Kokurikulum ialah En. Abdul Rashid Bin Idris. Semua Guru Penolong Kanan tersebut telah berpindah kerana kenaikan pangkat.
Guru-guru Penolong Kanan yang kedua ialah Puan Hayati Bt Othman- GPK Tadbiran & Kurikulum, En. Roslan Bin Md Zahari – GPK Hal-Ehwal Murid (Kedua-dua Guru Penolong Kanan tersebut telah berpindah keluar daripada Kuala Lumpur dan telah berkhidmat di sekolah ini sehingga Disember 2007 )dan En. Bahrin Bin Harun – GPK Ko-kurikulum.
Guru –guru penolong Kanan yang ada sekaarang ialah Puan Liew Chin Chew – GPK Tadbiran & Kurikulum yang berpindah dari SMK Danau Perdana pada Februari 2008 , Pn Lu Lee Chu – GPK Hal Ehwal Murid yang berpindah dari SK St John 2 pada 1 Jun 2008 dan En. Bahrin Bin Harun- GPK Kokurikulum seorang guru agama sekolah ini dan memegang jawatan tersebut secara lantikan dalaman semenjak 2004.
Walaupun bilangan pelajar tidaklah ramai tetapi sekolah telah menempah kejayaan yang besar dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dalam kurikulum pencapaian UPSR sentiasa meningkat. Pada tahun 2001 peratus kelulusan ialah 50 %, 2002- 83.3%, 2003- 90.9% dan 2004 – 90%. Sekolah telah menduduki tempat ke-13 peringkat kebangsaan dan tempat kedua peringkat negeri pada tahun 2003. Sejak kebelakangan ini pencapaian UPSR telah mengalami penurunan iaitu 2005 – 85 %, 2006 – 76.2 % dan 2007- 72.2 %




Dalam bidang kokurikulum pelajar sekolah ini telah menjadi naib johan Zon Bangsar dalam pertandingan Eureka pada tahun 2002, tempat ketiga zon Bangsar dalam pertandingan lontar peluru pada tahun 2003, tempat keempat zon bangsar dalam pertandingan Pidato Diraja pada tahun 2003, tempat ketiga negeri dalam pertandingan menulis esei pada tahun 2003. Pada tahun 2005 pelajar sekolah ini telah berjaya mendapat tempat kedua negeri dalam pertandingan Kuiz Sains.
Kejayaan sekolah pula ialah telah menjadi johan Zon Bangsar dalam pertandingan Bilik Boss pada tahun 2002 dan 2003 dan mendapat tempat keempat negeri pada tahun 2002 dan tempat ketiga negeri pada tahun 2003.
Pada tahun 2006 dan 2007 sekolah telah menjadi naib johan zon Bangsar dalam pertandingan Bilik Boss tersebut. Dalam pertandingan 3K pula sekolah telah menjadi johan zon Bangsar pada tahun 2003 dan mendapat tempat keempat peringkat negeri. Pada tahun 2004 sekolah telah menjadi johan negeri dalam pertandingan Sekolah Selamat dan mewakili Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ke peringkat kebangsaan dan tidak dibenarkan bertanding selama 3 tahun selepas kejayaan tersebut Pada tahun 2008 merupakan titik permulaan sekali lagi untuk menyertai pertandingan 3K.
Pada tahun 2006 murid sekolah ini telah menjadi naib johan zon Bangsar dalam pertandingan buku skrap Karnival Kerjaya Sains. Murid-murid sekolah juga telah memenangi pertandingan catur negeri dengan mendapat naib johan zon dan tempat ke-13 peringkat negeri pada tahun 2007 dan 2008 acara individu.
Dalam pertandingan yang dianjurkan oleh agensi luar pula, sekolah telah berjaya mendapat tempat kedua negeri anjuran Koko Crunch. Tae Kwan Do WTF pelajar (L) 20 kg menjadi johan Sparing, johan Sparing (L) 30kg, naib johan Sparing (P) 50 kg dan johan performance (L) 20kg dan 50 kg pada tahun 2004 dan 2005.
PIBG juga memainkan peranan yang menggalakkan dan bekerjasama sepenuhnya demi kejayaan anak-anak didik sekolah ini. Yang Dipertua PIBG yang pertama ialah En.Philip Sheon (2001-2002), T. Karunaharan (2002-2003), En. Wong Kok Lim (2003-2007) dan En Ravi Kumar (2008), Naib Yang Dipertua PIBG En. T. Karunaharan (2001-2002), En. Wong Kok Lim (2002 –2003) dan En Chan Weng Chau (2003-2007) dan Pn. Tuti Hardriati (2008). Kejayaan ini adalah hasil usaha yang gigih daripada guru-guru, PIBG dan murid-murid yang mempunyai peluang yang cukup luas untuk menonjolkan bakat masing-masing.

Friday, January 1, 2010

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN

RANCANGAN PENGAJARAN PENDIDIKAN SIVIK

TAHUN 4 : http://www.mediafire.com/file/tdzkmqdmnom
TAHUN 5 : http://www.mediafire.com/?nken1nu142j
TAHUN 6 : http://www.mediafire.com/?ndy0yov2m2h

kredit kepada : http://psksksd.blogspot.com/

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN SAINS

YEAR 1-6 : http://www.mediafire.com/?n1cjnjtekz4

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KAJIAN TEMPATAN

TAHUN 4-6 :http://www.mediafire.com/?gyyyymmdynw

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN JASMANI

TAHUN 1-6 : http://www.mediafire.com/?mni0o00qmlz

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN KEMAHIRAN HIDUP

TAHUN 4-6 : http://www.mediafire.com/?mm5i5kzddjd

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN SENI

TAHUN 2-6 : http://www.mediafire.com/?zzzm5y4ndjh


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA MALAYSIA

TAHUN 1-6 : http://www.mediafire.com/?5mwifdgtmzi

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN BAHASA INGGERIS

TAHUN 1-6 : http://www.mediafire.com/?m5g2lazwrwj

RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN MATEMATIK TAHUN 1-6


RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1-6


kredit kepada SK KG TITINGAN...

MISI DAN VISI SEKOLAH